kisah cinta antara faizal, adriana dan aiman.





faizal dan adriana adalah sepasang kekasih. mereka menjalinkan hunbungan telah hampir 5 tahun. hubungan yang agak lama dan mereka mampu bertahan dalam apa jua rintangan. Faizal adalah seorang anak orang kaya. bapa beliau adalah seorang yang bergelar dato dan berjaya dalam business nye. manakala adriana pula adalah seorang hidup dalam keadaan sederhana.

Pada suatu ketika, adriana menerima berita yang faizal telah meninggal dunia. Hidup adriana begitu tidak terurus apabila mendengar berita tentang kekasih hatinye telah pergi selama-lamanye. tambahan pula, adriana tidak sempat melihat wajah faizal buat kali terakhir. setiap malam adriana mengalirkan airmata nye mengenang nasibnye dengan kekasih hatinye.

Setelah beberapa tahun, keadaan adriana semakin parah. ibubapa adriana mengambil keputusan untuk menemukan adriana dengan seorang jejaka yang baik hati yg bernama aiman untunk dijadikan teman hidup.Pada hakikat sebenarnye hati adriana tidak dapat lagi menerima lelaki lain melainkan faizal. tapi selepas beberapa lama mengenali aiman, hati adriana terpaut juga pada aiman.

aiman adalah seorang yang baik dan penuh dengan taggungjawab. sikap aiman itu telah membuahkan hasil dan mereka berdua telah bertunang. dari hari ke hari adiriana semakin sayang akan aiman dan tidak lama lagi mereka akan berkhawin.

seminggu sebelum perkhawinan mereka dilansungkan, adriana mendapat berita tentang faizal. faizal sebenarnye belum meninggal dunia. faizal sengaja mereka-reka cerita selama ini. faizal mengajak adriana untuk bertemu untuk memperjelaskan perbuatan beliau itu. Semasa mereka menemui antara satu sama lain, faizal menceritakan kisah 5 tahun dahulu. Beliau terpaksa berkhawin dengan amani kerena kemahuan ibubapa mereka. amani juga adalah anak orang berada. ibubapa mereka amatlah berbesar hati untuk menjodohkan anak mereka demi untuk memajukan bisness mereka.

faizal pada masa itu, tidak mempunyai keputusan lain, melainkan mengikut kehendak ibubapa mereka. faizal telah berkhawin dengan amani hampir 4 tahun. tetapi perkara ini dirahsiakan faizal tambahan pula faizal adalah seorang yg telah meninggal dunia dimata adriana. faizal menyatakan beliau masih menyayangi adriana.

adriana mengambil langkah yang bijak menyatakan cinta nye sekarang hanya untuk tunang nye. faizal yang masih tidak berpuas hati terus menggangu hidup adriana. faizal selalu menelefon adriana dan menulis blog pasal adriana kekasih pujaan nye pada suatu ketika dahulu.

setelah adriana berkhawin dengan aiman, faizal masih lagi menganggu hidup adriana. faizal memberikan hadiah berupa pisau yang penuh dengan darah sempena perkhawinan mereka berdua dan menulis nota meminta maaf atas segala yang telah berlaku dan akan berlaku nanti.

adriana yand pada masa ini, begitu takut dan terkejut dengan perbuatan faizal dan sangat membenci faizal. aiman seorang yang begitu tenang, tidak menhiraukan apa yang berlaku pada masa ini. dier tidak mahu melihat isteri nye akan berasa bimbang dan dier meredakan isterinya.

pada suatu malam, aiman tidak pulan kerumah. adriana terus meghubungi aiman tetapi tidak dapat. adriana juga menghubungi ibubap aiman untuk bertanyakan apakah yang telah berlaku. kerisauan itu juga turut dirasai oleh ibubapa adriana.

jam telah menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam. adriana menerima panggilan daripada ibubapa aiman. mereka mahu datang kerumah untuk membincangkan sesuatu. hati adriana semakin tidak sedap setelah bertanyakan dimana aiman dan apa yg telah berlaku tetapi tidak dijawab oleh kedua ibubapa aiman.

setelah ibubapa aiman sampai dirumah adriana, muka mereka kelihatan amat gelisah. adriana tampa bercakap banyak terus bertanyakan apa yang terjadi sehinggakan perlu datang kerumah untuk berbincang. ibabapa aiman terus menyatakan beliau ingin menyampai berita buruk tentang aiman.. bersambung~

apakah yang terjadi pada aiman??
adakah ini ada kaitan dengan faizal kekasih hati adriana pada masa dahulu?
natikan sambungan nye.. dah penat aku nak reka cerita nih.. nati pulak ye.. hehe~ tunggu episod akan datang.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 its all about me~
Design by Fahmi Aziz